Sunday, April 4, 2010

GST - EVERYONE HAS TO PAY! NO EXEMPTION!

SELENA TAY: I pay, you pay, let us all pay together!
Selena Tay


With the implementation of the GST ieveryone will be paying taxes. The tagline of Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) should be ‘Now Everyone Can Pay’ and an advertisement should be put forth showing a Malay, Chinese and Indian with smiling faces to promote a tax-paying 1Malaysia.









No one can escape. Even poor folks, senior citizens, the physically disabled, ill and bedridden folks and low-income earners will have to pay GST. No one will be exempted because everyone will be caught in the net.


Previously 'small-fry' folk such as those mentioned above would be exempted from paying taxes as the tax dragnet would only catch the big fish. However, now the BN government has a much bigger and wider net that will allow them to catch all the 'ikan bilis' as well. A truly efficient tax-collection system where no one is exempted!





The BN Government must make an effort to plug the leakages and stop unnecessary white elephant projects. Money saved from these alone would be significant and could replenish the country’s coffers rather initiate new means of collecting more money from the rakyat, especially from those who can ill-afford it. 




One prime example of how the rakyat’s money has been wasted is none other than the Port Klang Free Zone fiasco. And what about the various economic corridors here and there? Has anything come out of it?


Everyone is a consumer. With the imposition of the GST, even the poor who buy necessities such as clothes, shoes, soap and toothpaste will have to pay tax. This will only force them to buy the cheapest products in the market. Comparing dollar for dollar we get less out of 1,000 units of our currency compared to those in UK. This is because the power of our ringgit is weak, forcing us to spend more for our purchases. The example below illustrates the point clearly.



Purchasing power and net saving balance comparison between Malaysian workers and Britain workers

Malaysian worker

Britain worker
Salary
RM1.000

£1,000
Cost of purchasing one unit of shampoo
RM13

£15
net saving after the purchase (balance)
RM987

£995

Thus a Malaysian worker with a salary of 1,000-00 after purchasing shampoo will have less money left compared to a British worker. This is micro-economics.


Another good example is the full English breakfast that costs ₤3, sometimes ₤2.75. You will be asked to choose 8 types of food out of the many varieties available and my choice is usually:-


1) fried mushrooms (this is delicious, you have got to try it when you are in UK);


2) tomatoes;


3) 2 slices of toast bread (triangle-shaped) and a small cube of butter;


4) beans;


5) scrambled eggs;


6) sausages;


7) bacon; and


8) ham


Now you tell me in Malaysia, where can you get this type of breakfast for RM3-00? The same type of breakfast like the one shown above will simply cost you more than RM10-00. Look at the table below.




Worker in Malaysia

Worker in Britain
Salary
RM1.000

£1,000
Cost of taking breakfast
RM10

£3
Cash balance after the breakfast
RM990

£997




Again the Malaysian worker ends up with less money unless of course he eats 'roti canai' and drinks 'air sirap' (which will cost less than RM3-00). This obviously shows that as the cost of living goes up, the standard of living goes down with poor Malaysians unable to afford or to enjoy small luxuries. Instead, they have to eat poorly in order to save a bit of money.


When the power of a currency is weak, we need to use a greater quantity of that currency. In UK, I have purchased newspaper for 35 pence. Here, I can’t buy anything for 35 sen except sweets. Of course, I can still get The Sun (pardon the pun) for free from 7-Eleven outlets. Thank God for small mercies.


What I am trying to say is that we are not ready for GST yet unless the power of our currency becomes stronger. Even toothpaste these daysis quite costly. The large tube usually costs at least RM6-00 per tube. Some cost about RM7-00 or RM8-00.


The rich will not feel the increasing cost of living but the poor will certainly feel the pinch. The BN Government claims to be a caring government. But I guess that is all empty talk.


What the BN Government is trying to do is as plain as robbing the poor to help the rich, the very antithesis of legendary British hero Robin Hood, who robbed the rich to help the poor.




A

Friday, April 2, 2010

GST -TANDA BN KERAJAAN LEMAH








GST adalah merupakan suatu isu yang perlu diberi perhatian oleh semua orang sama ada orang itu pemimpin-pemimpin politik atau orang ramai. Ini adalah kerana GST merupakan suatu kaedah untuk mengutip cukai dari semua orang tanpa terkecuali.



Sekali dengar, sekali baca ianya kelihatan cukup menarik, cukup adil dan elok dipertimbangkan. Tetapi hakikatnya ianya merupakan suatu agenda tersembunyi negara-negara maju untuk mengurangkan daya saing @ "competitive advantages" negara-negara sedang membangun atau negara-negara yang memasukki era "as stars of new economic world.




Tetapi pada hakikatnya apabila GST dilaksanakan ianya AKAN menguntungkan orang-orang kaya, dimana orang-orang kaya akan menjadi lebih kaya. Ianya berkaitan dengan cukai maksimum individu dan cukai keuntungan syarikat dikurangkan menjadi lebih rendah! Ianya nampak menarik kerana ianya dijangka dapat menarik pelaburan asing untuk melaburkan di negara-negara yang melaksaanakan GST itu.


Tetapi pihak pembuat dasar atau legislators itu lupa yang kos sara hidup akan meningkat dengan pelaksanaan GST itu. Ini adalah kerana harga barangan itu meningkat beberapa kali kerana pada setiap kali berlakunya transaksi urusniaga,  maka GST akan dikenakan.


Dengan pelaksanaan GST, harga barang-barang yang dikeluarkan tidak akan menjadi lebih murah. Pihak kilang pastinya tidak akan menurunkan harga barangan yang mereka keluarkan kerana ianya pasti mengurangkan margin keuntungan syarikat dan jumlah keuntungan. 






Ok katakanlah harga barangan itu adalah RM10.00 setiap satu.


Apa yang akan berlaku ialah sebaik sahaja berlakunya transaksi urusniaga antara pemborong dan pengilang, maka GST akan dikenakan iaitu suatu bayaran tambahan dan dengan itu akan menyebabkan kenaikan harga barangan itu secara tidak langsung. 


Katakan kadar GST ADALAH LIMA PERATUS maka harga yang terpaksa dibayar oleh pemborong berkenaan adalah pada harga RM10.50 bagi setiap unit barangan

Maka secara tak langsung berlakulah kenaikan dan inflasi secara terancang dan sistematik dimana harga barang-barang terpaksa dinaikkan. Seterusnya untuk membolehkan pengedar/pemborong mengekalkan margin keuntungan katakan 10 peratus, maka harga asas yang dikenakan oleh pemborong/ pengedar kepada peruncit adalah RM11.55 dan cukai GST nya pula sebanyak 0.578 sen menjadikan
harga yang dibeli oleh peruncit ialah RM12.028




Maka harga asas yang terpaksa diletakkan oleh peruncit untuk mendapatkan sebanyak 20 peratus keuntungan atas setiap barangan itu adalah RM14.43 tidak termasuk GST.




Harga sebenarnya yang terpaksa dibayar oleh kita sebagai pengguna adalah RM15.15 sedangkan harga sebenarnya tanpa GST adalah RM13.20 sahaja. 




Bukankah kenaikan harga ini menyusahkan kehidupan orang miskin yang sememangnya dah pun susah!



Tetapi kepada golongan ningrat, bangsawan-bangsawan UMNO, MCA dan MIC perkara macam ini perkara kecil, maklumlah mereka mempunyai harta kekayaan dan duit melimpah ruah tidak habis tujuh keturunan!



OK, berbalik dengan kenaikan kadar upah pekerja itu. Jika berlaku kenaikan kadar upah, maka pastinya keuntungan syarikat akan mengecil. Hendak naikkan harga barang tentunya barangan mereka tidak laku dipasaran. Akhirnya syarikat-syarikat multinasional akan cabut keluar dari Malaysia. Itulah yang akan terjadi dengan pelaksanaan GST. 


Usahkan hendak mengharapkan pelabur-pelabur luar masuk melabur di negara ini tetapi para pengusaha yang ada akan membawa keluar modal mereka ke negara-negara yang mempunyai kos modal buruh yang murah dan kemudiannya menghantar kembali produk-produk itu untuk dijual di Malaysia.

Kesannya Malaysia akan berubah dari negara pengeluar menjadi negara pengguna. Inilah yang sebenarnya dikehendakki oleh negara-negara maju supaya Malaysia kehilangan daya saing. Jadi harap rakyat semua sedar supaya kita tidak terperangkap dan supaya kita tidak terlewat!

Berikut ini pula ada beberapa komentar dari beberapa perspektif.



PERSPEKTIF ISLAM : GST VS ZAKAT
Al-Bakistani -Harakahdaily.net.
Maqasid kewajipan Zakat adalah mengambil harta orang kaya yang berlebihan, lalu diberikan kepada 8 asnaf, terutama kepada fakir miskin. Sabda Nabi SAW;maksudnya;

"Sesungguhnya ALlah fardukan atas mereka sedekah pada harta mereka. (harta itu) diambil daripada orang-orang kaya mereka, dan diberikan kepada orang-orang miskin dari kalangan mereka" (Al-Bukhari : 1308)


Asnaf yang 8, wajib diberikan zakat. Adapun asnaf dari kalangan orang fakir dan miskin hendaklah didahulukan.Firman Allah;maksudnya;


Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"(Surah At-taubah : 60) 

Adapun jika GST itu dilaksanakan, pasti ianya merupakan cara untuk mengutip cukai dari rakyat secara merata; tidak kira miskin, kaya. 


Bagi rakyat yang kaya, pelaksanaan GST tidaklah menjadi keberatan ataupun kesusahan kepada mereka untuk menunaikan kewajipan cukai yang dikenakan itu, tetapi bagaimana pula dengan si miskin? Yang hanya kais pagi makan pagi? Yang hanya makan sekali sehari? Yang tidur pun hanya di dalam kotak atau pun dibawah Jambatan? Bagaimana? Bagaimana? Bagaimana pula dengan rakyat-rakyat Malaysia yang termasuk dan boleh dimasukkan dalam program " bersamamu"

Dari sini, sudah kelihatan
kezaliman yang wujud dalam GST yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan. Lebih parah lagi, apabila GST mahu dilaksanakan, tetapi dalam masa yang sama, cukai import Buggy (kereta golf) dihapuskan cukai serta-merta oleh Kerajaan.

Dengan kata lain, dengan pelaksanaan GST itu bermaksud Kerajaan sebenarnya hendak memastikan semua rakyat, tidak kira kaya atau miskin, sihat atau sakit, gaji besar atau pun orang-orang yang dibawah garis kemiskinan seperti peminta sedekah, orang-orang kurang upaya untuk mencari pendapatan sendiri, orang-orang buta yang hanya menerima bantuan, dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, semuanya kena bayar cukai sama rata, sama rasa, kesemuanya tidak terkecuali!





PERSPEKTIF KONVENSIONAL
Menurut Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, kerajaan terpaksa melaksanakan GST kerana mereka sedar sumber pendapatan daripada cukai persendirian, petroleum dan korporat kian berkurang disebabkan krisis kepercayaan kepada kerajaan sendiri.

"
420,000 profesional telah keluar negara sejak 2007, padahal mereka inilah yang membayar untuk cukai...sebab hilang keyakinan pada negara. (Sejak) 2007, RM9 bilion pelaburan (telah keluar), 2008 (sebanyak) RM26bilion (RM26,000,000.00) telah keluar negara. 47 peratus dari bajet kewangan dari Petronas (sedangkan) rizab minyak kian berkurang, simpanan minyak pun akan habis," jelasnya.


KUALA LUMPUR, 16 Mac: Perancangan pelaksanaan undang-undang cukai barang dan perkhidmatan (GST) membuktikan kerajaan tidak efektif dalam pentadbirannya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akibat ketirisan kewangan oleh kerajaan, mereka cuba mencari jalan untuk mendapatkan semula kewangan.

"GST melambangkan kelemahan kerajaan mengemukakan kebejatan kewangan yang besar dan penting tapi tidak jelas kepada rakyat.


MELAKA, 15 Mac: Rakyat mempunyai cara yang paling mudah bagi menghalang supaya rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan selama-lamanya iaitu dengan tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) pada mana-mana pilhanraya kecil dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Katanya, menurut beberapa penganalis politik besar kemungkinan GST tidak akan diperkenalkan sehingga selepas PRU 13 nanti.

“Bagi saya mudah sahaja untuk kita menghalang supaya GST ini tidak akan dilaksanakan selama-lamanya iaitu jangan undi BN pada bila-bila masa, jangan undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Jika rakyat terus mengundi dan memilih BN maka saya yakin GST ini kemungkinan besar akan digunapakai sebagaimana kehendak BN sebelum ini,” ujarnya.

Justeru, tambahnya rakyat mesti bijak membuat penilaian dan pemilihan kerana beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menguatkuasakan GST jika mereka diangkat menjadi kerajaan Pusat.




PETALING JAYA, 13 Mac:
Menurut Mahfuz, kerajaan mungkin tidak melaksanakan GST dalam masa terdekat, tetapi kerajaan dijangka tetap akan melaksanakannya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

“Mungkin GST tidak dilaksanakan sekarang kerana kedudukan Umno/BN di parlimen dan negeri agak tidak kukuh, tetapi selepas PRU13 pada 2011 atau 2012 kelak, Umno/BN tetap akan melaksanakannya jika mereka kembali kuat di Parlimen dengan menipu rakyat bermula hari ini,” beliau menambah.

Selena Tay

Pada sessi Parlimen tahun ini yang akan bermula pada 15 Mac 2010 yang akan datang, Akta GST (GST Bill) akan dibentangkan untuk perbahasan di Parlimen.

Pakar ekonomi dari DAP, Tony Pua berkata bahawa cukai ini akan menjadikan rakyat yang miskin lebih miskin lagi sebab mereka ini yang dahulunya tidak perlu membayar cukai kini akan kena cukai pula.


Pakar ekonomi dari PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad pula berkata cukai GST ini adalah sistem cukai yang regresif, cukai berganda yang hanya akan menyusahkan dan merugikan golongan yang miskin.



Tetapi kerajaan BN langsung tidak mempedulikan pendapat-pendapat ini. Mereka berdegil juga hendak melaksanakan sistem cukai GST. Oleh itu penulis berpendapat kerajaan BN adalah satu kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berprihatin langsung. Slogan ‘A Caring Government’ yang diuar-uarkan masa zaman Perdana Menteri Abdullah Badawi dahulu adalah retorik kosong sahaja.


Kerajaan BN telah memaklumkan bahawa 40 jenis barangan keperluan harian dan perkhidmatan yang tidak akan dikenakan cukai GST. Tetapi adakah senarai ini sah dan muktamad?

Dikatakan satu Anti-Profiteering Bill akan dibentangkan di Parlimen untuk mengelakkan harga barangan dinaikkan secara mendadak selepas sistem cukai GST dilaksanakan.


Bagaimana penguatkuasaan akan dijalankan untuk mengelakkan harga barangan dinaikkan secara mendadak? Adakah penjual chee cheong fun di pasar malam itu akan didenda jika dia menaikkan harga chee cheong fun 40% ataupun 50%?

Di Malaysia masih ramai lagi pekerja berada dibawah paras kemiskinan, yang mempunyai gaji kurang dari RM1500 bahkan sebilangan besar rakyat mempunyai pendapatan kurang dari RM1000 bahkan ada yang berpendapatan kurang dari RM400 sebulan. Dengan gaji yang kecil itu kehidupan mereka dahlah susah yang teramat susah. Apakah kita mempunyai alasan yang menasabah untuk menambahkan kesusahan kepada golongan ini?


Oleh itu, negara kita masih belum sedia lagi untuk sistem cukai GST ini. Apabila majoriti bilangan penduduk mempunyai tahap gaji yang melebihi dari keperluan, dan golongan yang teramat daif itu amatlah sedikit, barulah sistem cukai GST sesuai dilaksanakan.


Pakatan Rakyat tidak mempunyai cukup anggota Parlimen untuk menghalang Akta GST ini dari diluluskan oleh Parlimen. Oleh itu adalah terpulang kepada rakyat sendiri untuk memberi penekanan kepada kerajaan BN supaya jangan melaksanakan sistem cukai GST ini.


Dikatakan suara rakyat suara keramat. Oleh itu, rakyat digesa untuk membantah perlaksanaan sistem cukai GST. Semoga Tuhan akan memberkati usaha kita.

Harakah daily net
SHAH ALAM, 11 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar akan membawa usul menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) daripada dibaca untuk kali yang kedua di Dewan Rakyat pada 16 Mac ini.

Ini kerana, katanya mengambil kira realiti beban yang bakal ditanggung oleh konsumer di tanah air apabila rang undang-undang itu dilaksanakan.
“Oleh itu, saya menuntut kerajaan pada 16 Mac ini akan membawa usul di sidang Parlimen untuk menarik balik rang undang-undang GST,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Sehubungan itu, beliau menganggap pendirian Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan menangguhkan hasrat melaksanakan GST sebagai ‘undi tidak percaya’ pada polisi percukaian itu.

“Tuntutan FMM itu boleh disifatkan sebagai undi tidak percaya oleh ‘masyarakat perniaga’ terhadap kerajaan BN (di bawah) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri),” jelas beliau ketika menghubungi Harakahdaily pagi tadi.

Menurut Mahfuz, sekiranya pengusaha kilang sendiri secara terbuka menolak cukai tersebut, maka ‘masyarakat konsumer’ lebih-lebih lagilah menolak cukai yang nyata menambahkan beban hidup rakyat terbanyak di Malaysia, rakyat termiskin di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mengulangi desakannya sebelum ini, iaitu menggesa kerajaan membatalkan niat untuk membaca rang undang-undang berkaitan GST untuk kali kedua di Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 15 Mac depan.

Mewakili PAS serta Ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat, beliau turut menyatakan sokongan padu terhadap pendirian serta inisiatif yang disuarakan oleh FMM.

Bagi beliau, pendirian FMM itu adalah selari dengan ketetapan yang dibuat di majlis meja bulat Lajnah Pengguna PAS Pusat sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengkritik kaedah beberapa pemimpin kerajaan memperbodohkan rakyat dengan alasan yang dangkal, iaitu pendirian Malaysia mahu melaksanakan GST kerana mengikut sistem percukaian kebanyakan negara-negara maju.

Tambahnya lagi, daripada 12 juta pekerja di Malaysia, hanya 15 peratus sahaja yang mencapai kadar pendapatan yang melayakkan mereka untuk dikenakan cukai pendapatan.

Di samping itu, kata Mahfuz, daripada 28 juta penduduk Malaysia, hanya 6.4 peratus sahaja diketegorikan sebagai konsumer yang layak dikenakan cukai jika diukur pada tahap pendapatan perkapita seperti di negara-negara maju.

Manakala, 93.6 peratus penduduk Malaysia yang lain tidak mempunyai pendapatan pada paras yang memerlukan mereka membayar cukai pendapatan seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju.

Dengan erti kata yang lebih mudah, menurut Mahfuz, jika GST dilaksanakan di Malaysia, bermakna 93.6 peratus rakyat yang sepatutnya tidak layak dikenakan cukai (kerana pendapatan rendah), akan dibebankan dengan cukai GST.



KUALA LUMPUR, 5 Mac: Sekretariat Protes Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hari ini turun menyampaikan risalah berkaitan GST kepada masyarakat di sekitar Masjid India, Masjid jamek dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Edaran risalah yang dinamakan 'Hit And Run Protest GST' ini bertujuan memberi pendedahan dan maklumat yang tepat mengenai GST yang akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen yang akan bermula pada 15 Mac ini.


Salah seorang sekretariat Protes yang mewakili PAS, Aiman Athirah Al jundi berkata, edaran risalah ini sangat penting kerana rakyat tidak diberikan penerangan yang tepat mengenai GST. Kerajaan sebaliknya sedang membohongi rakyat dengan mengatakan GST tidak akan melibatkan seluruh rakyat, dan hanya dikenakan kepada golongan berpendapatan tinggi sahaja.


Di samping risalah menerangkan GST, turut diedarkan ialah 'handbill' mengajak rakyat turun ke Perhimpunan Aman Rakyat di perkarangan bangunan Parlimen pada Isnin, 15 Mac ini.


Pelbagai reaksi orang awam dapat dilihat ketika dihampiri sekretariat untuk menyampaikan risalah. Ada yang sudah tahu mengenai keburukan GST dan menerima risalah yang diberikan dengan senang hati, ada yang tidak tahu menahu tetapi sudi menerima risalah yang diberikan, ada yang takut-takut untuk menerimanya dan ada juga yang langsung tidak mengendahkan risalah yang disampaikan.



Aiman juga berkata, waktu dan lokasi berkenaan dipilih kerana ia merupakan lokasi tumpuan masyarakat kota dan sesuai dengan waktu rehat tengahari di samping golongan lelaki yang akan menunaikan solat jumaat pada waktu tersebut.


Sebanyak tiga ribu risalah dan 'handbill' dicetak untuk diedarkan pada hari ini.


Beliau juga memberitahu, pihak sekretariat akan mengerahkan ahli untuk mengedarkan 'handbill' dan risalah di masjid-masjid sekitar Lembah Klang dan Selangor dan juga negeri-negeri lain pada Jumaat depan, dua hari sebelum perhimpunan berlangsung agar lebih ramai rakyat hadir menunjukkan bantahan terhadap GST.


"Jumaat depan, kita akan edarkan risalah dan handbill di seluruh masjid di sekitar Lembah Klang dan Selangor, dan juga negeri-negeri lain," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat.


Protes juga ujarnya dalam usaha membukukan maklumat mengenai GST untuk diedarkan kpeada rakyat secara percuma.



GST - PANGGILAN KECEMASAN @ TALIAN HAYAT -PETANDA KERAJAAN TIDAK CEKAP URUS EKONOMI NEGARA


KUALA LUMPUR, 17 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan supaya menyelesaikan isu fundamental negara, iaitu kepincangan pengurusan ekonomi negara.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan kerajaan untuk melaksanakan model Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 2011 kelak.

"(Kerajaan) tak perlu sebut nak laksana GST ikut negara maju sedangkan perkara yang paling asas dalam negara kita di sini adalah  kepincangan urus tadbir ekonomi negara. Itu yang perlu diatasi  dan bukannya dengan cara mengenakan cukai GST" jelasnya beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa kerajaan pincang dalam menguruskan tiga sumber pendapatan negara, pertama adalah cukai sama ada secara langsung dan tidak langsung, kedua adalah komoditi serta hasil bumi, dan ketiga, adalah pelaburan sama ada domestik atau luar negara.

Seperti di Malaysia, beliau berkata, sebanyak 10 peratus rakyat membayar cukai pendapatan, sedangkan lebih 90 peratus yang lain tidak dikenakan cukai.

Komen: Bukankah itu menunjukkan rakyat Malaysia yang hanya mempunyai pendapatan cukup untuk perbelanjaan harian sahaja dan tidak ada wang yang berlebihan yang boleh dikenakan cukai?Bukankah dengan pelaksanaan ini secara otomatik golongan yang tidak perlu membayar cukai ini jadi terpaksa membayar cukai.

Beliau juga berpendapat yang setiap rakyat tidak kira pembayar cukai atau sebaliknya haruslah dapat menikmati prasarana yang selesa dan percuma seperti yang disediakan oleh sesebuah kerajaan di negara-negara yang menggunakan GST.

Sebaliknya, Mahfuz mendakwa kerajaan gagal memperbaiki sektor perkhidmatan seperti bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, perkhidmatan dan pengangkutan yang menjadi keperluan utama rakyat.

"Di sekolah pelbagai jenis yuran dikenakan,  pelajar-pelajar dari semasa kesemasa diminta beli  itu ini, bayar itu ini, manakala pelajar-pelajar asrama pula diarahkan pulang pada hari Sabtu dan  Ahad disebabkan pihak  pentadbiran sekolak tidak mampu membayar bil air-elektrik...indeks jenayah meningkat, sektor perubatan tidak sempurna (berpunca oleh) angkara pengurusan ekonomi yang pincang (oleh) kerajaan," jelasnya.

"Di Perancis, rakyat sanggup bayar GST kepada kerajaan sebab integriti kerajaan dan rakyat ditawarkan dengan perkhidmatan kesihatan, sekolah-universiti dan sebagainya sebagainya percuma."

"Bagi yang tidak berpeluang belajar di Universiti, kerajaan taja mereka belajar teknikal, supaya mereka jadi tenaga mahir yang bergaji boleh menikmati kehidupan secara selesa dan adil."

"Kerajaan bertanggungjawab meningkatkan kemahiran rakyat secara pendidikan dan teknikal supaya semua boleh bekerja, bergaji, mampu berbelanja dan sudah tentunya memberi pulangan (GST) pada negara." jelasnya.



Mengambil contoh amalan GST di Perancis, Mahfuz berkata kerajaan sedaya-upaya meningkatkan keselesaan hidup, memperkasa kemahiran-pendidikan rakyat, mewujudkan peluang pekerjaan secara dinamik serta memastikan ekonomi negara diurus secara integriti.

Ditanya tentang soal GST melahirkan kesan berantai seperti inflasi, Mahfuz berkata walaupun  tanpa GSY, inflasi tetap akan berlaku dalam sesebuah negara itu disebabkan oleh pelbagai faktor kesan globalisasi  tetapi kesannya tidaklah teruk sangat berbanding dengan kesan akibat mengamalkan GST. Ini kerana pelaksanaan GST secara terus menyebabkan kenaikan harga barangan, perkhidmatan dan kos buruh secara mendadak!

Bercakap tentang pengurusan komoditi dan hasil bumi pula, Mahfuz berkata kerajaan terlalu bergantung pada hasil Petronas untuk perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.

"Lebih kurang 44.6 peratus atau RM67.8 bilion dari KDNK adalah hasil minyak dan belanjawan Malaysia terus defisit 13 tahun berturut-turut kerana sikap terlalu bergantung," jelasnya.

Bagi Mahfuz, kerajaan seharusnya menguruskan hasil bahan mentah dan minyak negara secara inovasi, termasuk memperkasakan sektor penyelidikan dan perkhidmatan.

"Walaupun Brazil ada minyak, R&D (sektor penyelidikan dan pembangunan) kerajaan mereka berjaya menghasilkan 'gasahol' di mana hampasan tebu diperbaharui menjadi tenaga baru (bagi) menggantikan minyak untuk tampung 40 peratus penggunaan minyak oleh 140 juta rakyatnya," ujarnya.

Jelas Mahfuz lagi, sekiranya kerajaan bersikap inovatif, maka hasil kekayaan minyak akan disimpan dan dijana dalam rupa pelaburan hayat yang strategik untuk menampung kos pengurusan pendidikan, hospitaliti, sukan dan generasi, sebagaimana yang dilakukan oleh Norway.

Tambahnya, pengurusan ekonomi yang pincang oleh kerajaan termasuk tidak berupaya menghayati model ekonomi inovasi dengan mencipta kekayaan berasaskan sosio-politik negara.

"Sebagai sebuah negara yang aman, sekiranya Malaysia menyediakan hab simpanan minyak, ekonomi negara boleh dijana secara inovasi kerana negara-negara (pengeluar minyak) yang berkonflik tentu akan simpan minyak mereka di sini," jelasnya.

Tambahnya lagi, kerajaan juga seharusnya belajar dari Singapura dalam memperkasakan bidang perkhidmatan sebagai sumber pendapatan negara.

"Tak payah ikut Singapura dalam melaksanakan GST saja, tapi kerajaan kena ambil contoh syarikat guaman di sana yang menjadikan rakyat di negara-negara Asia sebagai pelanggan mereka," ujarnya.

Disebabkan konsep globalisasi perkhidmatan itu, mendorong kerajaan dan rakyatnya membuka firman-firma guamannya di seluruh Asia.

Ujarnya lagi, ekonomi inovasi turut menjadikan syarikat perindustrian makanan seperti Nestle berjaya mengaut keuntungan kasar USD75 bilion pada tahun 2007; walaupun syarikat dari Switzeland itu tidak mempunyai ladang teh, gandum dan kopi.

Ekoran itu, beliau sekali lagi mempersoal kemampuan kerajaan dalam mencipta kekayaan secara inovasi hasil bumi.
"Kita ada ladang teh, ladang buah-buahan, ladang bijirin, tetapi apa sudah jadi dengan projek kerajaan seperti Fama, Felda, Keda (dan) Mada," soalnya.


Bercakap soal pendapatan dari sektor pelaburan, Mahfuz membahagikan sektor itu pada dua iaitu modal insan dan materialistik.

Menurut Mahfuz, kerajaan perlu memperbanyakkan lagi peluang pendidikan dan memperkasakan kemahiran rakyat kerana dengan berbuat demikian, ianya akan meningkatkan kualiti dan kecekapan penggunaan sumber tenaga manusia dalam sektor awam dan swasta.

"Kita jangan anggap apabila buruh kita dimahirkan atau ditingkatkan pendidikan mereka sekali pun, tak berguna sebab gaji kecil di Malaysia."


"Kalau buruh kita ini berintegriti, kreatif, berkualiti bukankah buruh-buruh itu akan menerima tawaran gaji yang lumayan dari pelanggan-pelanggan Eropah, Singapura, Taiwan, Jepun...tak kira lah sama ada kita pergi bekerja di sana atau menawarkan satu-satu perkhidmatan secara maya dari Malaysia," jelasnya.

Bulan lepas, Mahfuz antara pemimpin PAS yang mendesak kerajaan mengangguhkan bacaan rang undang-undang GST pada sesi parlimen akan datang kerana dijangkan akan membebankan rakyat.

Pun begitu, Mahfuz mendesak demikian kerana menganggap kerajaan tidak layak menguruskan ekonomi negara disebabkan budaya rasuah dan pembaziran berbazir.

Memulangkan pada rakyat sama ada untuk bersetuju dengan GST atau sebaliknya, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa PAS dan Pakatan Rakyat lebih layak menggantikan Umno/BN dalam menguruskan ekonomi negara.

KOMEN/ ULASAN:
Kerajaan Malaysia sepatutnya tidak melaksanakan GST. In adalah kerana ianya hanya menimbulkan kecelaruan, kekacauan dan kestabilan ekonomi negara berkenaan. begitu juga dari segi politik. 


Hanya kerajaan yang kukuh ekonominya sahaja akan berjaya melaksanakannya, Jika kerajaan yang tidak mempunyai kekuatan ekonomi untuk menyediakan pelbagai kemudahan percuma untuk rakyat, untuk menggalakkan sistem ekonomi bebas dan menghapuskan penggunaan AP  dan monopoli perdagangan, maka pastinya pelaksanaan GST tidak akan mendapat sokongan dari rakyat, sebaliknya ianya hanya akan menjadi punca kepada peralihan kerajaan.





Oleh itu, elakkanlah. Sebenarnya lebih banyak lagi cukai yang boleh diperkenalkan sekiranya kerajaan mahu menambahkan pendapatan negara melalui percukaian. 






Gunakanlah kaedah cukai inovatif untuk membolehkan kerajaan memungut cukai dari pendapatan pekerja-pekerja asing, cukai pendapatan yang berlebihan yang mendapat pendapatan melebihi RM500,000 setahun dan sebagainya. Itulah caranya. 


Mengambil cukai dari golongan yang kaya tidak akan menimbulkan sebarang masalah tetapi jika ingin mengambil cukai dari golongan yang tidak layak dikenakan cukai, golongan yang hendak makan pun susah, tunggulah akibatnya!

Ingatlah masih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk menghasilkan cukai secara inovatif tetapi tidak membebankan rakyat dan kerajaan.


Bukankah ramai warga negara kita ini mempunyai pengetahuan asas dan pengalaman dalam bidang percukaian seperti bekas pegawai-pegawai penaksir LHDN dan pernah mengikuti kursus percukaian secara intensif, yang mana akhirnya mereka menjadi tenaga penggerak kepada penubuhan  MALAYSIAN ASSOCIATION OF TAX ACCOUNTANTS (MATA)