Blog "suara majority rakyat Malaysia" diterbitkan untuk membolehkan admin blog ini mengumpulkan suara rakyat Malaysia untuk tatapan ahli-ahli politik Malaysia sama ada dari PAS, UMNO, PKR ataupun lain-lain aktivis parti politik agar mereka mengambil perhatian tentang pandangan dan kehendak rakyat.
Ini adalah kerana parti-parti politik seharusnya berjuang untuk memenuhi kehendak rakyat dan berubah mengikut perubahan zaman supaya mereka terus mendapat sokongan rakyat.
Ingat anda sebagai aktivis politik "berjuanglah untuk rakyat" jangan berjuang "untuk kepentingan peribadi" atapun "perjuangan untuk pembangunan" uang mana ianya tidak memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat umum.
INGATLAH demokrasi adalah cara rakyat memilih pemimpin untuk membentuk kerajaan YANG DIPILIH OLEH RAKYAT UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT - dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat!.
INGATLAH jika anda terus menjaga kepentingan rakyat dan berbuat sesuatu untu kepentingan rakyat bukannya untuk kepentingan barisan kepimpinan parti-parti politi, selama itulah anda akan mendapat sokongan dari rakyat.
FIKIRKANLAH, FIKIRKANLAH sebelum anda berbuat sesuatu sama ada ianya demi untuk kepentingan rakyat atau atas nama kepentingan yang lain.
Sekiranya anda melakukan demi kepentingan yang lain, pastinya tindakan anda akan ditolak oleh MAJORITY RAKYAT, SILENCE MAJORITY atau PUBLIC MAJORITY.
Jangan lupa aktivis politik hanyalah merupakan komponen kecil yang tidak melebihi dari 20% sebaliknya
MAJORITY RAKYAT, SILENCE MAJORITY terdiri dari
- kakitangan kerajaan,
- pekerja swasta
- peniaga kecil
- pekerja kilang
- peneroka felda
- penoreh getah
- pesara,
- pengganggur dll
adalah merupakan komposisi utama yang mewakilii lebih dari 80% rakyat Malaysia.
Maka perbuatan yang keterlaluan akan menggerakkan kuasa rakyat untuk bangkit bertindak dan bersuara melalui peti undi.
Semoga kompilasi yang dilakukan oleh admin dapat menyedarkan pihak yang terbabit sebelum terlambat. Tindakan-tindakan menggunakan akta-akta OSA, ISA dll hanya akan menjatuhkan anda dari tampuk kekuasaan tetapi sekiranya anda mula mengambil langkah bertindak untuk rakyat dan prihati dengan masalah rakyat, maka anda akan dijulang dan disanjung.
Oleh itu saya mengambil kesempatan ini menyeru kepimpinan politik supaya tidak lagi mendengar input-input dari rakan politik anda tetapi dengarlah secara terus pandangan dari kakitangan kerajaan, pekerja kilang, penoreh geta, peniaga kecil dll nescaya anda akan menerajui negara menuju kecemerlangan dan anda akan diingati dalam sejarah sebagai PEMIMPIN AGUNG DAN TERBILANG.
Sekian
Sekapur sirih, seulas pinang sepatah kata dari
Admin SUARA MAJORITY RAKYAT MALAYSIA