Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Saya difahamkan GST dicadangkan sebagai satu langkah menambah hasil negara yang akan berkurangan akibat liberalisasi dan kemunculan kawasan-kawasan perdagangan bebas termasuk ASEAN Free Trade Area (AFTA)yang sedaya upaya mengurang atau menghapuskan cukai impot.
Masalah dengan GST ialah ia meletakkan beban kepada pengguna akhir. Pengeluar, pemborong dan peruncit akan mengenakan caj GST yang dikenakan kepada mereka. Akhirnya pengguna akhir yang menanggung kos ini sepenuhnya.
GST akan lebih memberi kesan kepada pengguna luar bandar di mana lebih banyak transaksi barang berlaku sebelum sampai kepada pengguna akhir.
GST sungguhpun bertujuan untuk hasil negara bagi menguruskan kerja pentadbiran dan pembangunan namun saya tidak dapat menolak dari melihat dari sudut yang "jahat".
Jika tidak dilaksanakan dengan baik, GST tidak lebih daripada satu alat untuk memindahkan cukai daripada kapitalis kepada pengguna. Ia hanya menguntungkan pengeluar, pemborong, peruncit, firma perakaunan dan kerajaan. Ia langsung tidak menguntungkan rakyat sebagai majoriti pemegang saham negara.
Kepada rakyat, GST hanya akan meningkatkan lagi kos sara hidup sekaligus akan menjejaskan kualiti hidup rakyat terutama dari rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
A
No comments:
Post a Comment