Wednesday, June 9, 2010

GST DAN KERAJAAN.

Pada zaman dahulu kala apabila anak raja selesai berjoli dan kalah sabung ayam, maka mereka akan tunggu di titi (jambatan) dan kutip duit daripada penduduk yang terpaksa lalu kerana hendak 'cari makan' dikebun. Penduduk terpaksa bayar kerana itu sahaja pilihan yang ada dimana mereka tidak boleh menukar pemerintah walaupun dibenci,memeras rakyat dan zalim.

 Adakah kerajaan sekarang pun mahu mangambil jalan yang mudah dengan senang-senang mengenakan cukai kepada rakyat sedangkan kerajaan sepatutnya memikirkan kaedah lain yang tidak membebankan rakyat.


Negara kita adalah kaya dan makmur jika kerajaan tidak boros berbelanja dan tidak menganggap harta negara adalah harta untuk faedah adik-bini sahaja.


Bye/Roti Planta


Sdr Roti Planta

Sdr, antara lain berkata, Negara kita adalah kaya dan makmur jika kerajaan tidak boros berbelanja dan tidak menganggap harta negara adalah harta untuk faedah adik-bini sahaja.

Maksud kerajaan tidak berbelanja boros itu apa? Atau, sdr setuju dengan apa yang sering diuar2kan oleh pembangang berikut, khasnya

1. Pemberian peluang perniagaan seperti projek, konsesi dsb tanpa tender terbuka atau direct nego?

2. Penganjuran sukan mewah seperti monsoon cup?

3. Pelaksanaan projek tidak berfaedah seperti masjid kristal?

4. Jamuan makan rakyat

5. Iklan besar-besaran mempromosi idea PM seperti 1 Malaysia?

6. Bayaran 
pampasan penangguhan projek-projek kerajaan seperti projek jambatan bengkok!



Tok Kemuning
Kenapalah  perbelanjaan negara kita ni  tak pernah cukup?  Bukankah boleh dikatakan setiap tanggungan kerajaan yang dulunya dikatakan membebankan kerajaan itu dah  pun diswastakan. Tak cukup lagikah? Masih ingatkah kita  yang lebuhraya, air, letrik, pembentungan, sampah dsb dah pun diswastakan tetapi kerajaan BN  masih tidak cukup-cukup 
duit  juga. Mungkin kalau dah diturunkan, dijatuhkan dan  dibungkus dgn kain putih barulah cukup  nampaknya.


Macamana pendapat anda?


Anonymous said...
Saya setuju dengan ramai pembahas iaitu yang mendapat tentangan orang ramai bukan cukai GST atau apa-apa juga bentuk percukaian. Kita sudah biasa bayar macam-macam cukai.

Di antara negara membangun yang sama taraf, beban cukai kita adalah antara yang tertinggi. Tetapi sejak zaman Tun Daim pada tahun 1980an, beban cukai terus iaitu cukai pendapatan dikurangkan secara progresif. Tetapi ini tidak memberi kesan kepada majoriti sebab pendapatan mereka di bawah kadar kena cukai.

Yang membebankan dan agak tinggi di Malaysia adalah cukai dan bayaran kepenggunaan atau consumption tax yang banyak bentuknya seperti cukai pintu, cukai beli kenderaan bermotor, cukai jalan, cukai jualan dan perkhidmatan, cukai kastam dan bermacam-macam bentuk perolehan kerajaan.

Itupun rakyat tidak protes. Yang rakyat terkilan ialah pulangan cukai ke atas mereka tidak sebanyak mana dan nyata tidak dalam bentuk yang cekap dan berkesan sedangkan habis semua hasil cukai digunakan untuk gajian (emolumen), bayaran faedah pinjaman dan pencen.

Boleh kata tidak ada duit cukai yang lebih untuk pembangunan dan bayar hutang. Untung pembangunan kerajaan kena berhutang yang bebannya ditanggung oleh generasi sekarang dan akan datang.

Satu lagi, ramai orang kaya dan syarikat korporat bukan saja dibagi kelonggaran tapi ramai dari mereka yang tidak menjelaskan pembayaran cukai hingga hutang cukai mereka berjumlah berbilion-bilion ringgit dan diberikan pelbagai subsidi melalui dasar penswastaan. Oleh itu kerajaan mestilah hapuskan penswataan dan perlindungan yang diberikan kepada mereka tu dahulu. barulah kerajaan tidak menanggung beban!



Jadi janganlah promosikan cadangan  pelaksanaan GST itu, jangan sangka kami semua bodoh.



Dulu kita tak ada cara untuk bertukar-tukar fikiran. Jika dahulu orang cerdik yang tahu tidak boleh menyampaikan maklumat kepada orang-orang yang tidak tahu. Tetapi sekarang ni melalui Internet, rakyat semua boleh memberi tahu antara satu sama lain dengan begitu cepat dan berkesan sekali. Jadi kerajaan dan Menteri Kewangan cubalah cerdik sikit. Janganlah  cakap sedap rasa sampai buat hati rakyat jelata sakit. Ingatlah rakyat ada kuasa.


Zaman dulu, bila ekonomi merudum menteri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan didahulukan untuk potong gaji. Tetapi sekarang ni, dibawah kepimpinan Najib terbalik pula,  rakyat pula yang didahulukan olehnya  untuk mengalami kesusahan! ih, ih, ih



Ala kasim! kasim, kasim!
najib. najib. najib! apa dah jadi ni? 



Anonymous said...
assalamualaikum...


kesimpulan yg saya dapat dr perbahasan kali ni...


1. gaya kerja kerajaan masih sama..budaya flip flop masih terjadi..


2. keyakinan rakyat terhadap  kerajaan adalah  amat lemah kerana  kerajaan sekejap kata begitu, sekejap kata begini..




 ...sat kata untung 1bilion, sat kata rugi 1 bilion..
 ... ekonomi kita meningkat 10 peratus, hebatnya.... tetapi, tup, tup, kata Negara kita akan bankrap jika tak   tarik subsidi. dan mcm2 lagi!

3. kebanyakkan rakyat hanya cukup2 makan sahaja , tak ada yg lebih..dengan pendapatan rm3000-rm4000 yg dimiliki majoriti rakyat hanyalah cukup2 makan...anak, sekolah anak, duit rumah, kereta, makan minum, minyak, etc etc..ini bukan ttg kehidupan mewah spt sesetengah pemimpin...hanyalah kehidupan sederhana.tu pon cukup2 mkn. bagaiman pula dgn rakyat yg tak cukup makan tu? Bukannya awak tahu pun! kerana sgt sedikit sekali yg ingin bercerita dan menjaja kesusahan mereka tu! Jadi faham-fahamlah sendiri.

4. kepercayaan rakyat kepada kerajaan..kes2 kerugian dan salah urus wang rakyat..rasuah masih berjalan..ambik contoh kes port klang..bilion ringgit terlibat..belum lagi RM100juta ke yayasan tertentu, kempen2 1 malaysia, F1, stadium t'ganu, rasuah etc etc

5. kerajaan terus membingungkan rakyat..kerajaan terus salah membaca keinginan rakyat..kerajaan terus mengecewakan rakyat...kerajaan terus membelakangkan majoriti utk kepentingan minoriti..kepercayaan rakyat terus menerus direnggut kerajaan..

6. kami tidak menagih ihsan kerajaan...cukup tanggungjawab akan amanah yg telah diberikan..

7. masih merindukan kepimpinan Tun M

-adli-

mad said...
"Semua sistem ciptaan Barat hanya sesuai dan berkesan jika ianya dilaksanakan di negara2 yang rekod indeks rasuahnya rendah, disamping rakyatnya semua lapisan telah membudayakan nilai2 hidup murni seperti amanah dan bertanggungjawab atau berintergriti."

setuju sangat dengan pendapat saudara saji. seharusnya kerajaan membanteras dahulu gejala rasuah secara telus dan jujur. baiki indeks rasuah yang semakin merosot setiap tahun. apabila rasuah sudah terkawal dan rakyat yakin dengan ketelusan kerajaan barulah sistem cukai gst dapat dilaksanakan dengan selesa dan keyakinan rakyat. masalahnya apakah kerajaan bersedia melakukan kerja dengan telus dan tanpa prejudis.

melihat pada keputusan undian di blog datuk beberapa minggu lalu ternyata persepsi rakyat terhadap kerajaan kurang meyakinkan. saya yakin persepsi rakyat ini akan berlanjutan hingga pru13 dan saya tak nampak langkah2 drastik di pihak kerajaan utk memperbaiki persepsi ini. yang nampak ada banyak usaha hanyalah membeli mp pembangkang. tapi ini hanyalah pendapat saya yang kurang arif politik.

cmk said...
Salam

Baik setara manapun GST itu, ia tidak lebih daripada sistem ciptaan puak kapitalis yang bersifat berat sebelah. Cuma nampak cantik sebab diletakkan pelbagai kosmetik.

Mana ada sistem ekonomi kapitalis yang benar-benar mensejahterakan rakyat...? Atas kertas memang boleh tulis macam-macam, tapi realitinya, sistem ekonomi kapitalis tetap mengutamakan golongan kaya-raya.

Bagi Golongan "kayap-rayap" pula akan kekal dianaktirikan sampai kiamat. Akan tetapi, bagi mengelakkan golongan ini marah, maka digula-gulakan mereka dengan hal-hal lain agar terlupa bahawa mereka itu dipinggirkan.

Dikatakan jika GST tidak dilaksanakan, lama-lama negara kita susah nak maju. Saya memang tak pandai ekonomi, tapi kalau sistem kafir dikatakan lebih baik dari sistem Islam, saya tak percaya sama sekali...!

Syed Mat said...
Disinilah bezanya Tun M dgn Perdana Menteri lain. Selepas era Tun M, kerajaan Malaysia kembali ke era kesultanan Melaka dimana kerajaan mengharapkan pendapatan dari cukai yang dikenakan kepada rakyat.

Sepatutnya kerajaan haruslah bijak menjana pendapatan melalui pelaburan seperti mana diera Tun M. Lihat bagaimana tanah bekas lombong beliau naikkan nilainya berlipat kali ganda.


Secara keseluruhannya GST ini akan menambahkan Hasil Negara. Bila Negara punyai wang, sudah semestinya Pembangunan Negara akan senang dilaksanakan. Malangnya Kerajaan dan pemimpinnya menyalahgunakan wang rakyat dengan amalan Rasuah dan kronisma. 

Pemerhatian saya - Tiada satupun Pemimpin UMNO (AJK Bahagian, Pemuda & Wanita) di tempat saya yang tidak mempunyai Rumah yang Cantik dan Kereta Pacuan Empat roda dan juga rata rata anak anak mereka yang melanjutkan Pelajaran mendapat Biasisiwa. 

pemerhati tanpa parti said...

Pada pendapat saya banyak lagi punca pendapatan yang boleh diperolehi oleh kerajaan dengan tanpa perlu untuk membebankan rakyat tetapi dengan mengenakan cukai kepada rakyat asing yang bekerja di Malaysia seperti kadar bayaran rawatan di hospital kerajaan sebanyak Rm50 dikenakan kepada mereka dan cas masuk wad rm 1500 dikenakan pada mereka.

Begitu juga naikkan kadar tol dan cukai jalan  bagi kenderaan Thailand dan Singapura dinaikkan 300 peratus (jangan takut hilang pelancong kerana mereka tetap akan masuk Malaysia, kenakan cukai apa saja pada mereka yang lebih tinggi dari kita termasuklah kereta cukai jalan dan bil letrik dan air berlainan dari yang dinikmati oleh rakyat Malaysia

mad said...
Hanya kerajaan yang mendapat keuntungan hasil gst tapi rakyat yang merana. 

Suhaizan selamat said...
Bentang atas kertas memanglah cantik. tengoklah alasan kerajaan menaikkan harga minyak beberapa tahun lalu dengan alasan wang yang diperolehi hasil kenaikkan itu akan digunakan utk memperbaiki sistem pengangkutan awam.  Tetapi apakah sekarang ini sistem pengankutan awam sudah semakin baik? ini cuma satu contoh saja. banyak lagi contoh yang tak perlu saya tuliskan disini. ketirisan kewangan negara yang dilaporkan ketua audit negara setiap tahun sudah cukup bukti mengapa saya tidak yakin dgn kerajaan yang ada. mungkin sebab ketirisan inilah mengapa kerajaan perlu sangat2 gst ini. pmu







Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)



Saya difahamkan GST dicadangkan sebagai satu langkah menambah hasil negara yang akan berkurangan akibat liberalisasi dan kemunculan kawasan-kawasan perdagangan bebas termasuk ASEAN Free Trade Area (AFTA)yang sedaya upaya mengurang atau menghapuskan cukai impot.



Masalah dengan GST ialah ia meletakkan beban kepada pengguna akhir. Pengeluar, pemborong dan peruncit akan mengenakan caj GST yang dikenakan kepada mereka. Akhirnya pengguna akhir yang menanggung kos ini sepenuhnya.



GST akan lebih memberi kesan kepada pengguna luar bandar di mana lebih banyak transaksi barang berlaku sebelum sampai kepada pengguna akhir. 



GST sungguhpun bertujuan untuk hasil negara bagi menguruskan kerja pentadbiran dan pembangunan namun saya tidak dapat menolak dari melihat dari sudut yang "jahat". 



Jika tidak dilaksanakan dengan baik, GST tidak lebih daripada satu alat untuk memindahkan cukai daripada kapitalis kepada pengguna. Ia hanya menguntungkan pengeluar, pemborong, peruncit, firma perakaunan dan kerajaan. Ia langsung tidak menguntungkan rakyat sebagai majoriti pemegang saham negara.



Kepada rakyat, GST hanya akan meningkatkan lagi kos sara hidup sekaligus akan menjejaskan kualiti hidup rakyat terutama dari rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

A

GST Adalah Haram. Apa Yang Perlu Dikaji?



Sebagai sebuah gerakan Islam sewajarnya PAS melihat isu GST ini dari sudut pandangan syara’. Sebarang bentuk cukai termasuklah GST yang akan dikenakan oleh kerajaan sekular Kapitalis hari ini adalah haram di sisi Islam. 



Hakikatnya tidak boleh ada istilah “Pas saran GST dikaji”. Sewajarnya PAS (Mahfuz Omar) mengingatkan para pemimpin sekular umat Islam hari ini yang bercita-cita untuk memperkenalkan GST itu agar tidak meneruskannya. 


Islam sebagai suatu cara hidup yang sempurna dan menyeluruh telah menjelaskan secara terperinci sumber pendapatan bagi sebuah negara Islam. Sumber pendapatan bagi Negara Islam telah pun ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, antaranya adalah Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber-sumber ini merupakan sumber yang diredhai oleh Allah SWT dan pasti tidak akan menzalimi rakyat, tidak seperti cukai yang diterapkan di dalam sistem hari ini, yang bukan sahaja merampas harta rakyat, malah akan membawa pemerintah ke neraka berdasarkan hadis.



Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” [HR Ahmad, Abu Daud & Hakim]



Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda,


“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].


Di dalam sistem Kapitalis, sejumlah  besar pendapatan bagi sesebuah negara itu adalah dari bayaran cukai. Kini GST akan ditambah dalam senarai cukai-cukai negara.




Seharusnya para pemimpin dari gerakan Islam yang berada di dalam parlimen menggunakan platform parlimen sebagai medium untuk mengingatkan dan memuhasabah pemerintah akan keharaman dan azab yang menunggu mereka di hari akhirat kelak jika mereka terus menerapkan sistem kufur Kapitalisme sepertimana hari ini. 
Sebaliknya, apa yang berlaku adalah cadangan saudara Mahfuz agar ditubuhkan sebuah jawatankuasa khas Parlimen yang dianggotai pihak kerajaan dan pembangkang bagi mengkaji GST!! Amat jauh tersasar saranan beliau itu dari sudut pandangan Islam!!


Sumber : MyKhilafah
GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai.





Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Mengapa perlu GST?
Bukankah GST akan mendatangkan keburukan?
Bukankah GST akan memiskinkan lagi rakyat miskin?






Muhammad Azril Bin Phuah Bazlan said:



1. Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya.




2. Kebanyakkan pemerhati politik beranggapan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk ‘merompak’ duit rakyat secara terhormat tanpa memikirkan penderitaan rakyat. 


3. Pakar ekonomi dari DAP, Tony Pua berkata bahawa cukai ini akan menjadikan rakyat yang miskin lebih miskin lagi sebab mereka ini yang dahulunya tidak perlu membayar cukai kini akan kena cukai pula.


4. Pakar ekonomi dari PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad pula berkata cukai GST ini adalah sistem cukai yang regresif yang hanya akan menyusahkan dan merugikan golongan yang miskin.



5. Di Malaysia masih ada lagi ramai pekerja yang mempunyai gaji kurang dari RM1500. Oleh itu, negara kita masih belum sedia lagi untuk sistem cukai GST ini. Apabila tahap gaji telah mencapai satu tahap minima yang sesuai bagi sebuah negara maju, barulah sistem cukai GST sesuai dilaksanakan.





6. Pakatan Rakyat tidak mempunyai cukup anggota Parlimen untuk menghalang Akta GST ini dari diluluskan oleh Parlimen. Oleh itu adalah terpulang kepada rakyat sendiri untuk memberi penekanan kepada kerajaan BN supaya jangan melaksanakan sistem cukai GST ini.





7. GST tak sesuai kerana jurang pendapatan yang besar. Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di luar negara berjaya dibuat berikutan jurang pendapatan sesama rakyat tidak besar seperti di Malaysia, sebaliknya ia menjadi beban kepada rakyat!







Apa-apa sahaja yang nampaknya boleh menghasilkan keuntungan kepada pemimpin-pemimpin UMNo akan dirompak dan disamun dalam pelbagai cara menggunakan akta itu, akta ini dan sekiranya kata-akta itu tidak membenarkan mereka melakukan rompakan itu, maka mereka pun menggunakan kuasa majoriti dua pertiga untuk menggubal undang-undang bariu.

Dan sekiranya tidak dapat menggubal undang-undang baru, maka sesuai dengan mentaliti penjajahan pemimpin-pemimpin UMNO itu, mereka akan menggunakan cara-cara yang tidak masuk akal dan tidak dapat diterima oleh pihak British sendiri contohnya menggunakan mahkamah untuk mencipta satu bentuk amalan baru iaitu Sultan atas budi bicaranya mempunyai kuasa untuk memecat mentei besar seperti yang berlaku di Perak itu.



Begitulah juga sebabnya GST dilaksanakan supaya kerajaan pimpinan BN  mempunyai hak dan kuasa untuk merompak orang-orang miskin demi untuk memperkayakan pemimpin-pemimpin BN dan kroni-kroni.

Cukai adalah sebahagian pendapatan kerajaan yang memerintah.Kalau kita lihat banyak cukai yang kita bayar kepada kerajaan pusat disalahgunakan untuk membiayai APCO dan lain-lain lagi untuk menghina pembayar cukai sendiri,sepertimana yang RTM lakukan setiap hari.

Hampir kesemua laporan yang disiarkan memburuk-burukan pembayar cukai khususnya parti-parti pembangkang. 2 tahun kebaikkan kerajaan PR disembunyikan. Keburukan lebih 50 tahun BN memerintah disembunyikan. 

itulah sebabnya GST diperlukan! untuk membiayai kos untuk memburuk-burukkan pakatan rakyat!




A

Perkhidmatan (GST) yang disifatkan tidak sesuai untuk Malaysia dan patut ditunda bagi jangka masa yang tidak pasti.
Dalam satu kenyataan, FMM berkata Hong Kong telah menilai dan menghentikan keputusannya untuk melaksanakan GST walaupun nisbah dagangannya berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) ialah 404 peratus dan 98 peratus daripada perniagaannya ialah perusahaan kecil dan sederhana.



“Ahli perniagaan Australia juga telah menggesa kerajaan mereka untuk mengurangkan GST daripada 10 peratus kepada lima peratus untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi,” katanya.
FMM berkata, Malaysia, dengan nisbah jumlah dagangan berbanding KDNK sebanyak 220 peratus, patut sedar akan kebimbangan negara-negara ini terhadap GST dan implikasinya, terutamanya terhadap penggunaan dan kos operasi perniagaan.
Ia berkata kebimbangan besar perniagaan, terutamanya pengeksport, ialah kecukupan pembiayaan semula.
FMM berkata daripada perspektif pengguna, GST, cukai penggunaan adalah regresif.
“Rakyat, yang tidak perlu membayar cukai pendapatan sebelum GST, kini perlu berbuat demikian bagi penggunaan barangan dan perkhidmatan mereka setiap hari dan mereka tidak mendapat manfaat daripada pengurangan cukai pendapatan yang dijangka turut serta dalam pelaksanaan GST,” katanya.



A