Wednesday, June 9, 2010

BEBERAPA PERSOALAN YANG PERLU KITA TELITI



Kerajaan  mencadangkan kadar cukai  4%  untuk Cukai GST dan berjanji memberikan pengecualian terhadap barangan asas seperti makanan.

Namun ini adalah beberapa persoalan yang perlu kita teliti:

1.       Mengapa Kerajaan Malaysia  mahu perkenalkan Cukai GST di Malaysia?

Berdasarkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Malaysia perlu setanding dengan Negara membangun dan negara maju  yang lain yang sudahpun mempunyai cukai GST. Singapura, Australia, Thailand, China dan Negara Eropah adalah antara negara yang sudahpun mengamalkan cukai GST. Oleh itu amat penting untuk Malaysia ikut peredaran masa agar tidak ketinggalan. Tambahan pula sumber yang diperolehi dari cukai korporat, cukai pendapatan dan wang royalti petrol tidak mencukupi bagi perbelanjaan kerajaan dan terpaksa berhadapan dengan bajet defisit. Itulah jawapan dan alasan Ahmad Husni.







2.       Mengapa Malaysia kekurangan sumber kewangan apabila ia adalah salah satu negara yang kaya dengan sumber alamnya?

Ya, satu persoalan yang cukup menarik! Ini asalah kerana Malaysia sememangnya mempunyai sumber alam yang memberikan kita sumber pendapatan negara yang cukup mewah  seperti petrol, kelapa sawit, getah, bijih timah, dan tanah pertanian subur. 

Tetapi, satangnya, segala wang ini telah dibelanjakan dengan cara yang membazir untuk membina bangunan-bangunan mewah seperti menara berkembar Petronas, Putrajaya , Iskandar Malaysia yang eksklusif bagi golongan yang berpendapatan tinggi, kaya dan ahli politik. Tidak lupa juga projek mega yang terbengkalai seperti jambatan bengkok di Johor yang berharga RM600 juta.

Rasuah juga merupakan satu faktor yang menyebabkan kerajaan Malaysia bertambah miskin manakala pemimpin-pemimpin BN dan kroni-kroni BN bertambah kaya. Amalan korup didalam kerajaan yang sudah lama berlaku, menjadikan Malaysia ditangga nombor 10 dalam senarai negara paling korup di Asia Pasifik.

Maka, dengan itu sudah tentunya dana kewangan kerajaan akan kekeringan  pada suatu masa dan tidak cukup untuk memenuhi keperluan       
pemimpin-pemimpin BN dan kroni-kroni BN itu.  Masa itulah kerajaan Malaysia akan menghadapi masalah seperti yang kita rasai sekarang ini. 

Oleh itu semestinyalah rasuah yang dihapuskan dahulu, bukannya perkenalkan cukai baru. Dengan cara itu barulah  pembaziran wang kerajaan Malaysia dapat  dihentikan.




3. Adakah pengimplementasian cukai GST akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kerajaan?
               
Cukai GST bukannya dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia tetapi sebaliknya hanya akan menambahkan lagi bebanan kerajaan dan pada masa yang sama akan menyukarkan kehidupan rakyat! 

Dengan pelaksanaan GST, rakyat biasa  terpaksalah   membayar  nilai tambahan bagi setiap barangan yang mereka beli  dan setiap perkhidmatan yang mereka gunakan. Bagaimanapun adalah dijangka, wang yang akan dikutip dari rakyat melalui cukai GST tidaklah banyak sangat, hanyalah  sekadar satu billion sahaja untuk setahun.

Teramat naïf dan bahlulnya kita rakyat Malaysia  jika mempercayai janji kerajaan ini. Apa yang boleh diharapkan pada kerajaan yang telah dan masih menswastakan hampir semua agensi kerajaannya dengan alasan kurang keefisienan dalam pentadbirannya.

Cukai GST ini akan mengakibatkan semua rakyat membayar cukai tanpa mengira BERAPAKAH jumlah pendapatan mereka. Adalah tidak adil jika seorang pekerja bergaji RM800 terpaksa membayar cukai bagi barangan dan perkhidmatan yang digunakan sama seperti pegawai bergaji RM10,000. Lagipun menurut satu analisis, majority rakyat Malaysia berpendapatan kurang dari RM3000. 

Kumpulan inilah yang  akan merana teruk akibat inflasi yang berlaku selepas pengemplementasian cukai GST tanpa kenaikan dalam pendapatan mereka. Apatah lagi golongan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu! Untuk melaksanakan GST, maka kerajaan hendaklah bersiap sedia menyediakan elaun pengangguran untuk mereka yang menganggur atau berpendapatan kurang dari RM600/= sebulan. Jika kerajaan bersedia memberikan elaun ini, maka pastinya kuranglah sedikit penentangan dari rakyat jelata.

v


Jangan sesekali hendak melaksanakan GST jika tiada elaun pengangguran!  Begitu juga kerajan mestilah memastikan kemudahan prasarana perkhidmatan awam adalah lengkap dan tidak membebankan. Kemudahan hospital, pendidikan  hingga ke universiti hendalah disediakan secara percuma. Tiada lagi PTPTN. Itulah antara beberapa syarat yang kerajaan perlu sediakan  sebelum pelaksanaan GST. Jika kerajaan tidak mampu untuk menyediakan kesemuanya itu, tunggulah dulu masa yang sesuai seelah memberikan kesemua kemudahan itu kepada rakyat barulah laksanakan!


Berdasarkan pengalaman Australia, pengguna akan berebut-rebut membeli barangan keperluan sebelum cukai GST diperkenalkan mengakibatkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga. Insiden ini akan mengakibatkan kekalutan dalam pasaran dan menyebakan  inflasi. 

4. Bagaimana keadaan Negara lain yang mengamalkan GST?               

Negara-negara yang telah pun mengamalkan GST adalah Negara-negara Eropah, Canada,  Australia dan beberapa Negara Asia Tenggara.

Negara-negara Eropah mempunyai sistem jaringan perlindungan yang tinggi bagi kaum pekerjanya. Negara Thailand, Indonesia, Singapura dan negara miskin seperti Myanmar, Laos serta Vietnam pula mempunyai Akta Gaji Minima untuk menjaga kebajikan pekerja.

Malaysia berada di tangga kedua bagi jurang pendapatan di kalangan negara Asia yang menggambarkan ketidakadilan dalam pengagihan pendapatan. Tambahan pula Kerajaan Malaysia menjadikan rakyat tempatan sebagai mangsa  dengan kelonggarkan kemasukan pekerja-pekerja asing.

Maka sebelum Kerajaan beria-ia mengamalkan GST, ia perlu;
a)     Gubal  Akta Gaji Minima
b)     Sediakan tabung pemberhentian kerja.
c)     Pengesahan kesatuan sekerja secara automatik
d)     Kawal harga barangan asas
e)   Kemudahan hospital, pendidikan hingga ke universiti hendalah disediakan secara percuma. Tiada lagi PTPTN.
f)     menyediakan elaun pengangguran untuk mereka yang menganggur atau berpendapatan kurang dari RM600/= sebulan. 

  
5.      Apakah yang perlu dilakukan selepas ini ?

Rakyat perlu tahu bahawa cukai GST hanya membawa lebih banyak keburukan kepada golongan rakyat biasa. Kerajaan hanya mempopularkan kebaikan cukai ini, untuk memastikan kurangnya penentangan rakyat terhadap pelaksanaan GST ini,  yang akhirnya  akan mengurangkan cukai pendapatan dan cukai korporat orang-orang kaya dan berpangkat.

Oleh itu, kita perlulah bergabung tenaga untuk menyebarkan maklumat akan malapetaka yang akan dihadapi oleh kita semua rakyat Malaysia jika cukai ini dilaksanakan. Ingatlah yang kerajaan malaysia dibawah pimpinan Najib begitu bertekad untuk melaksanakan cukai GST ini  walau dengan apa-apa cara sekali pun. Jika kita tidak bangkit menyatakan penentanga kita terhadap pelaksanaan GST ini, maka kita sebagai rakyat akan menjadi mangsa golongan yang tamak dan haloba  itu untuk mencengkam dan menindas rakyat biasa. Bertindaklah  kita semua untuk menjaga kebajikan kita.

v

JERIT dan tuntutlah kepada  kerajaan Malaysia  supaya menjaga kebajikan rakyatnya dengan mementingkan pembangunan pekerja daripada membebankan rakyat biasa dengan cukai baru. Kami tidak boleh membayar untuk hutang dan pembaziran kamu.

Usahlah perkeldaikan rakyat untuk menguntungkan kerajaan dan kroni kapitalis.

Sebagai rakyat  Malaysia, marilah kita berganding tangan menentang cukai GST yang membawa kepunahan kepada kaum pekerja.

Hancur! Hancur ! HANCUR GST . GUBAL AKTA GAJI MINIMA SEKARANG!

1 comment:

  1. ini bukan suara majoriti rakyat malaysia ,aku tahu pemilik blog ini org PR JADI X PAYAH NAK JADI BIJAK PANDAI LAH SANGAT

    ReplyDelete